» » Ieda tak mahu lagi promosi herbal kurus


Bila badan penyanyi dan pelakon Ieda Moin susut dengan mendadak, banyak yang mahu tahu apakah rahsia pemakanan ibu kepada seorang anak itu.

Pada awalnya, Ieda secara berterus-terang menyebut nama pemakanan tambahan berasas herba yang dia amalkan. Kononnya dia sebagai tikus makmal yang kemungkinan akan dilantik sebagai duta produk itu.

Tapi setelah dia gigih mempromosikan kapsul herbal dari negara jiran Indonesia itu, janji mulut untuk melantiknya sebagai duta tidak terlaksana.

“Sebab itu saya malas nak mempromosikannya lagi. Saya pun ada minta pihak pengedar produk itu tidak menggunakan testimonial saya lagi kerana saya bukan duta produk tersebut,” kata Ieda.

Namun kata Ieda, dia sebenarnya bukan bergantung sepenuhnya kepada produk itu, sebaliknya turut gigih memakai bengkung dan krim sapuan pada perut jenama lain untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.

“Saya buat sendiri saja. Saya beli krim sapuan dan beli bengkung di farmasi dan saya gigih menggunakannya setiap malam. Sebab itulah agaknya kesan ke atas badan saya agak cepat.

Ieda semasa tembam dan gebu.


“Memandangkan pada masa saya menggunakannya produk tersebut belum lagi dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, saya ada juga mendapat khidmat nasihat daripada doktor. Saya bimbang juga kalau ia mengandungi racun terlarang.

“Tapi alhamdulillah produk tersebut tidak beracun dan ia sesuai pula dengan tubuh saya,” kata Ida yang bejaya turunkan berat badan lebih 20kg dalam masa lima bulan.

Sebelum memulakan pengambilan produk tersebut dan amalan lain untuk pelangsingan, beratnya mencecah 68 kg. Sekarang Ieda berjaya menurunkan berat badan kepada 47 kg. Susuknya sekarang seperti semasa belum kahwin.


Ieda juga kembali aktif berlakon. Untuk musim raya ini beberapa buah drama lakonannya akan ditayangkan. Antaranya Kepip Kelip, Awe Bocey Raya, Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza 2.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .