Ayelet Shaked dari parti Ultra-Nationalist Jewish Home berkata serangan itu perlu dilakukan terutama kepada semua golongan ibu di negara itu bagi mencegah sebarang tindakan pengganas.
"Semua ibu rakyat Palestin yang melahirkan 'ular kecil' perlu disembelih. Mereka perlu mati dan rumah mereka perlu dirobohkan supaya mereka tidak boleh melakukan sebarang tindakan pengganas.
"Mereka adalah musuh kita dan darah mereka mesti berada dalam tangan kita. Ini juga termasuk ibu-ibu bagi pengganas yang mati," kata Shaked di petik PressTV.
Kenyataan ahli parlimen Israel itu mengundang kritikan Perdana Menteri Turki Reccep Tayyip Erdogan yang membidas dasar Israel tiada beza dengan mentaliti Hitler.
"Seorang wanita Israel berkata ibu-ibu Palestine harus dibunuh juga. Dan dia adalah seorang ahli Parlimen Israel.
"Apakah perbezaan di antara mentaliti seperti ini dan Hitler?" soal Erdogan.
Susulan daripada serangan terbaru rejim Zionis, perdana menteri Turki itu mengutuk insiden itu dan mendakwa Israel membunuh beramai-ramai rakyat Palestin.
Serangan rejim Zionis ke atas Tebing Gaza sejak awal Ramadan lalu menyaksikan negara Yahudi itu dikutuk oleh pelbagai pihak.
Menurut agensi Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin, wanita dan kanak adalah paling ramai terkorban akibat daripada serangan Israel itu.
No comments: