» » 7 dibebaskan berkaitan kes kematian model Estonia


Tujuh individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa pada 1 Julai lepas dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata mereka dibebaskan mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.

"Setelah selesai menjalankan siasatan, pihak polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat model itu diserah kepada keluarganya pada 24 Julai lepas melalui wakil khas Republik Estonia di negara ini untuk dikebumikan.

Hasnan turut berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu sehingga mengganggu siasatan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .