Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bagaimanapun terkejut apabila resit harga kasut berkenaan didedahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab memandangkan dia tidak memuat naik foto resit yang mencatatkan harga kasut berkenaan di laman sosial tersebut.
"Memang saya ada memuat naik foto bergaya dengan kasut baru. Tetapi saya tidak memaparkan resitnya sekali. Rasa pelik bila ada yang mengatakan saya tunjuk resitnya juga di Instagram.
"Sebaliknya resit itu saya sekadar tunjukkan kepada rakan-rakan di group chat aplikasi WhatsApp. Tak sangka pula ada di antara mereka sengaja mendedahkan resit tersebut kepada umum," katanya.
Sebuah portal melaporkan pengikut-pengikut Instagram Tauke meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia memuat naik foto kasut terbaharunya beserta resit yang mencatatkan harga kasut tersebut RM6,390 di Instagram.
Pada resit tersebut, ia turut tertera nama penuh Tauke. Ada pengikut yang memberi komen pelawak itu bersikap riak apabila dengan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya di laman sosial tersebut.
Sementara itu, Tauke mengakui sejak akhir-akhir ini dia sanggup menghabiskan duitnya bagi membeli kasut mahupun pakaian rekaan terbaharu daripada beberapa jenama yang diminati.
"Saya sanggup berhabis wang untuk benda yang saya minat. Dan sejak akhir-akhir ini saya mula belajar mengenai penjagaan penampilan diri dengan rekaan fesyen-fesyen terbaru.
"Apa salahnya jika kita mahu ubah penampilan bukan? Bagaimanapun saya tidak berkecil hati sekiranya orang mengata saya," ujarnya.
sumber
No comments: