Dalam kenyataan kepada Pancaindera, Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang.
“Saya restu dan saya izinkan.
“Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak.
“Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini.
Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran.
Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor.
No comments: