» » Aidid Marcello Tidak Minta Bayaran Mahal


Pengacara Aidid Marcello tidak pernah menetapkan harga tinggi dalam menerima sesebuah tawaran program lebih-lebih lagi sejak meninggalkan kerjayanya sebagai Penerbit Ekskutif di stesen televisyen TV3 awal Mac lalu.

Aidid berkata, walaupun sudah berpengalaman di bidang penyiaran selama 15 tahun, dia tetap meletakkan harga biasa sebanyak RM2,000 untuk satu episod program.

"Saya tahu, sejak keluar dari TV3, ramai yang menganggap nilai harga bayaran saya dah naik.

"Walaupun saya sudah lama dalam industri, tetapi saya tak pernah demand dengan harga bayaran yang tinggi kerana bidang penyiaran adalah jiwa saya.

"Tetapi tidaklah sampai terlalu rendah. Cuma saya menetapkan RM2,000 sahaja untuk setiap episod dan nilai harga itu akan berubah mengikut bajet sesebuah produksi," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, tambah Aidid, sejak meninggalkan TV3, dia cukup sibuk dengan pengurusan syarikat produksinya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd.

Malah, dia tidak menyesal meninggalkan TV3 meskipun ada yang berpendapat namanya akan menjadi kurang popular selepas ini.

"TV3 telah banyak mengajar saya di bidang penyiaran dan saya mengambil keputusan untuk berhenti bagi memberi fokus tehadap syarikat adalah pilihan yang tepat.

"Tiada istilah nama saya tidak akan popular lagi kerana sejak dahulu saya tidak pernah mengejar populariti.

"Selain memenuhi tawaran mengacara dari produksi luar, kini saya banyak membabitkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir dalam produksi sendiri. Tak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya membuat benda-benda yang saya minat," ujarnya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .