Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.
Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.
Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.
Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.
Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."
"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.
Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata:

"Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa."
No comments: