"Mereka akan dikenakan tindakan sama seperti orang awam yang mengikut (hukuman) Akta Dadah Berbahaya, mahkamah mengenakan hukuman dan seterusnya (jika disabitkan) dibuang kerja," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan dan penyematan pangkat ASP di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) hari ini.
Sebanyak 51 pegawai termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berpangkat Inspektor dinaikkan pangkat kepada ASP secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Beliau berkata penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan dadah amat mengecewakan kerana sebagai penguatkuasa undang-undang tidak sepatutnya merela terlibat walaupun wujud tekanan dalam tugasan harian.
"Jangan mengambil dadah sebagai jalan mudah untuk menghilangkan tekanan... kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, perlu berfikiran waras, matang dan bijak dalam mengawal emosi dan tekanan dengan pelbagai cara," katanya.
Acryl berkata PDRM mempunyai beberapa pendekatan sedia ada untuk menangani masalah itu termasuk melaksanakan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) secara serius dan berkesan.
Katanya, semua ketua jabatan dan ketua polis daerah perlu ada akauntabiliti dan harus bertanggungjawab ke atas salah laku yang membabitkan semua peringkat warga di bawah seliaan masing-masing dengan memantau rapi fail SKDD setiap anggota dan pengawai.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak tujuh anggota dan pegawai polis pula dalam siasatan terbabit dengan rasuah bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Acryl menggesa anggota dan pegawai polis supaya mengawal selia kewangan masing-masing dan berbelanja secara berhemah bagi mengelak mereka terjerumus dalam gejala rasuah.
"Berbelanja mengikut kemampuan masing-masing supaya tidak terlibat dalam masalah hutang dengan bank atau berhutang dengan peminjam wang tanpa lesen. Ini kerana gejala ini bukan sahaja mendatangkan implikasi kepada diri sendiri, kerjaya malahan juga kepada keluarga yang terpaksa menanggung bebanan hutang," katanya.
sumber
No comments: