» » Abby Abadi sah cerai talak satu


Pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sah bercerai talak satu.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Kuala Lumpurmensabitkan lafaz cerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dibuat suami Abby, 9 Mei lepas.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut memenuhi rukun dan syarat sah talak mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bagaimanapun, bagi lafaz cerai pertama pada Januari lalu yang dihantar Muhammad Noor Farhan melalui SMS kepada rakannya, mahkamah tidak mensabitkan lafaz jatuh talak.

"SMS itu dihantar oleh plaintif (Muhammad Noor Farhan) pada Januari 2014 adalah tidak sah, tidak memenuhi rukun-rukun dan syarat talak," kata hakim.

Ini merupakan perceraian kali kedua Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 37, selepas perkahwinannya kali pertama dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002.

Mereka bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 10; Marissa Dania Hakim, 8; dan MariaDanisha Hakim, 5.

Abby dan Muhammad Nor Farhan, 25, bernikah di Selatan Thailandpada 9 Julai tahun lepas dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

Terdahulu, ketika ditanya mahkamah, Muhammad Noor Farhan berkata beliau tidak mempunyai niat ketika melafazkan cerai kali pertama tetapi berniat demikian bagi lafaz kali kedua.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Abby berkata beliau redha dengan keputusan itu dan menganggapnya sebagai ujian daripada Allah.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .