» » Muhyiddin nafi guru didoktrin sokong kerajaan


Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan profesion perguruan didoktrinkan untuk menyokong kerajaan, memandangkan kerjaya sebagai pendidik adalah tugas yang mulia.

Timbalan perdana menteri itu berkata, tiada usaha yang dilakukan untuk tujuan berkenaan kerana kumpulan pendidik memahami tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pelajar.

"Sebenarnya tiada usaha untuk tujuan doktrin para guru kerana profesion perguruan adalah profesion yang mulia," kata Muhyiddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pihaknya sedikit pun tidak terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan kepada mereka kerana kumpulan pendidik itu memahami tugas mereka.

"Saya tidak bimbang langsung dengan apa juga tohmahan dan tuduhan mana-mana pihak terhadap guru, sebab mereka tahu tugas mereka," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .