» » Lahm, Muller Lanjut Kontrak Bersama Bayern Munich


Philipp Lahm dan Thomas Muller telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun dengan Bayern Munich, umum kelab gergasi Bavaria itu Rabu, beberapa hari menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kedua-duanya sedang bersiap sedia untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Portugal pada 16 Jun dalam Kumpulan G, bersama-sama pasukan Ghana dan Amerika Syarikat.

Lahm, yang menyertai kelab junior Bayern pada tahun 1995, akan kekal sehingga 2018 manakala perjanjian Muller berjalan sehingga 2019.

"Kelab dan wakil saya merasakan ia adalah masa yang sesuai untuk membincangkan mengenai lanjutan kontrak," kata Lahm, yang akan berusia 34 tahun apabila perjanjian barunya tamat.

"Ia pasti akan menjadi kontrak terakhir saya. Saya akan mengakhiri kerjaya saya dengan FC Bayern. Itu sentiasa menjadi hasrat saya dan saya gembira dapat melaksanakannya."


Dia telah bersama dengan Bayern dalam 260 perlawanan Bundesliga, yang memenangi enam gelaran kebangsaan dengan Jerman sebagai juara bertahan.

Pemain tengah, Muller, 24, yang menyertai kelab itu sejak berusia 11 tahun dan membuat kemunculan pertama dalam pasukan pada tahun 2008, mengakhiri spekulasi untuk beraksi bersama kelab lain.

"Saya mengadakan beberapa perbincangan penting dengan mereka yang bertanggungjawab untuk kelab ini, yang menyatakan dengan jelas bahawa ini adalah tempat terbaik untuk saya," kata Muller, yang menjaringkan banyak gol dalam 165 perlawanan liga sejak bermain secara profesional dengan Bayern pada 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab Karl-Heinz Rummenigge berkata pasangan itu adalah satu bahagian penting dalam pasukan.

"Philipp Lahm dan Thomas Muller kedua-duanya menjadi tonggak yang sangat penting untuk FC Bayern," tambah Rummenigge.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .