» » Kerajaan sasarkan 30% ekuiti Bumiputera menjelang 2020


Kerajaan menegaskan sasarannya untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia kepada 30% menjelang 2020 daripada 24% sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar), berkata pada 1970, pemilikan ekuiti Bumiputera hanyalah 2.4%, amat rendah bagi komuniti yang merupakan penduduk majoriti negara ini.

"Itulah sebabnya kita mengadakan beberapa program, seperti skim pelaburan, untuk memastikan kita dapat meningkatkan paras (pemilikan) ekuiti ini.

"Paras 24% yang dicapai kini merupakan penambahbaikan besar daripada 2.4% pemilikan ekuiti Bumiputera selepas lebih 40 tahun," katanya kepada pemberita selepas dialog Siri Bina Negara ke-21, bertema "Menghayati Semula Model Baru Ekonomi", malam tadi.

Beliau menekankan bahawa ini tidak akan mengorbankan kepentingan bukan Bumiputera, dan tujuannya ialah membesarkan saiz habuan ekonomi dan memastikan semua orang diberikan peluang yang saksama untuk mengambil bahagian dalam ekonomi.

Abdul Wahid juga berkata kerajaan sememangnya membantu rakyat yang terpinggir, tanpa mengira sama ada mereka itu kaum majoriti atau minoriti.

"Mereka juga diberikan peluang yang saksama dari segi pendidikan apabila kita mengambil kira latar belakang ekonomi rakyat," katanya.

Sesetengah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak diberikan biasiswa kerana mereka datang dari keluarga kaya, yang mampu membiayai pendidikan mereka, tegas beliau.

"Jika ada pelajar dari keluarga miskin yang mendapat 9A atau 7A bagi SPM, berbanding pelajar yang mendapat 9A yang tinggal di Damansara Heights yang pendapatan ibu bapanya melebihi RM50,000, siapa yang patut mendapat biasiswa itu?

"Sepatutnya, kita harus menyokong dan membantu pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, tetapi jika kita beri biasiswa kepada mereka yang datang dari keluarga kaya, ini seolah-olah kita memberikan biasiswa itu kepada ibu bapa mereka.

"Bagaimanapun, kita memang membantu mereka yang terpinggir, bererti tidak mengapa sama ada mereka itu kaum majoriti atau minoriti, jika perlukan bantuan, kita beri bantuan," tegas Wahid.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .