» » Jamal Abdillah Terkejut Disuruh Menyanyi Pada Undangan Berbuka Puasa


Penyanyi Datuk Jamal Abdillah terkejut apabila baharu diberitahu oleh pihak penganjur bahawa kehadiranya pada satu majlis berbuka puasa Julai depan bukan sekadar kemunculan biasa sebaliknya dikehendaki menyanyi.

Jamal berkata, perkara itu tidak dimaklumkan secara terperinci kepadanya ketika pihak pengajur acara 1001 Malam Majlis Berbuka Puasa 2014 membuat tawaran tersebut.

"Saya ingatkan saya hanya perlu hadir sahaja dan tiada persembahan nyanyian kerana kebiasaannya pada bulan puasa hanya bacaan doa dan solat terawih sahaja," katanya selepas sidang acara itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Majlis tersebut akan diadakan pada 19 Julai depan di PWTC anjuran Persatuan Kebajikan Persona Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Star Illusionsz Resources.

Selain Jamal, penyanyi veteran dari Indonesia iaitu Endang S Taurina dan Roslan Shah turut dijemput.

Tambah Jamal, dia hanya akan melakukan persembahan selepas selesai solat terawih itupun jika pihak penganjur masih mahukan dia menyanyi.

"Kita akan bincang semula bagaimana syarat dan termanya kerana majlis ini ada penjualan meja dan kalau mereka ingin saya menyanyi mereka perlu ikut syarat saya," katanya.

Sementara itu, penaung persatuan tersebut Datin Rosmina Mohd Arshad berkata, majlis tersebut bukan acara nyanyian sepenuhnya.

Sebaliknya, penyanyi jemputan akan diminta untuk menyanyikan dua buah lagu keislaman yang sesuai dengan bulan Ramadan.

"Ini bukan konsert atau acara nyanyian kita hanya mahu Jamal untuk menyanyikan lagu ketuhanan yang sesuai dengan bulan Ramadan untuk hiburan tetamu yang hadir.

"Kita akan berbincang semula dan menjelaskan perjalanan majlis tersebut kepadanya selepas ini," ujarnya.

Tambahnya, majlis berbuka puasa itu juga merupakan malam amal untuk meraikan insan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Untuk keterangan tentang pembelian tiket boleh menghubungi talian 017-4040001 .

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .