» » Chacha Maembong Tersepit Kerana Masalah Pengurusan


Pelakon Chacha Maembong mengakui dirinya agak tersepit dengan permasalahan yang berlaku antara syarikat pengurusannya Wire Fame dan kakaknya Emma Maembong.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia juga tidak mahu menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda syarikat pengurusan tersebut baru-baru ini.

"Saya tidak ada masalah dan masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame sehingga kontrak tamat pada akhir tahun ini, selepas itu barulah saya fikir untuk sambung atau tidak.

"Secara jujur memang saya tersepit antara kerja dengan hubungan adik-beradik tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berlaku adil, namun saya tidak mahu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan mereka," katanya .

.Chacha berata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut yang melanda syarikat pengurusannya Wire Fame dengan pemilik syarikat itu pelawak Zizan Razak yang turut membabitkan kakaknya Emma Maembong.

Jelas Chacha, keputusan Emma untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu adalah disebabkan masalah peribadi pelakon itu dan tidak mempengaruhi dirinya.

"Saya dengan Emma tidak ada masalah dan kami tidak ada gaduh-gaduh, saya cuma cakap baik-baik dengan dia jika ada yang tidak betul, manakala dengan pihak pengurusan begitu juga, semuanya atas dasar kerja sahaja.
"Saya masih baru dalam industri dan tidak mahu serabutkan diri dengan masalah sebegini, saya nak bekerja bukan nak bergaduh," katanya.

Selain Chacha, Wire Fame turut menguruskan kerjaya pelakon Johan As'ari dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Chacha berkata, bulan Ramadan ini, dia tidak bercuti seperti segelintir artis, sebaliknya lebih sibuk dengan aktiviti tambahan iaitu menjual biskut raya.

Biskut yang diberi nama Maembong Girls itu akan mula dipasarkan awal minggu Ramadan ini secara dalam talian.

"Sepanjang puasa ini saya sibuk dengan penggambaran beberapa drama, dalam pada itu kami adik-beradik juga akan menjual beberapa jenis biskut raya.

"Kakak-kakak saya yang buat saya hanya tolong mana yang mampu, kami akan buka tempahan secara online dan Insya-Allah akan buka di bazaar Taman Melawati pertenggahan Ramadan nanti," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .