» » Aisyah AF 2013 Terima Tempias Kontroversi Aliff Aziz


Penyanyi Aishah AF 2013 mengakui turut menerima tempias daripada kontroversi yang sering menimpa abangnya iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 20, berkata, dia sering ditanya dan menjadi tempat orang bercerita tantang perkara atau kontroversi yang berlaku mengenai abangnya itu.

"Ramai juga yang datang kepada saya dan mengadu tentang dia (Aliff) cakap dia begitu-begini saya dengar sahajalah. Bagi saya dia sudah dewasa untuk jaga diri sendiri dan fikir baik dan buruk, asalkan perkara itu tidak menjejaskan kerjaya saya.

"Kami dua beradik sahaja disini dan jika berlaku perkara yang tak bagus sudah tentu kena tempiasnya," katanya .

Aisyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang sering menimpa abangnya Alif Aziz.

Alif sebelum ini sering dikaitkan dengan masalah sosial dan tidak disiplin. Malah baru-baru ini dia turut membuat kenyataan bahawa tidak mahu menjadi contoh kepada masyarakat.

Tambah Aisyah, sebagai individu paling rapat, dia bertanggungjawab untuk menasihatkan abangnya agar pandai menjaga diri.

Sementara itu, Aisyah berkata, dia mengambil perkara-perkara yang terjadi kepada abangnya itu sebagai pengajaran untuk dia melangkah dalam industri hiburan negara ini.

"Saya ambil perkara-perkara yang terjadi kepada dia yang buruk sebagai pengajaran dan yang baik buat teladan diri saya juga," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah berkata, dia kini dalam proses merakam dua buah single bersama Faizal Tahir dan Aizat Amdan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .