» » Badan pengangkutan Australia dakwa penumpang MH370 mati sesak nafas


Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mendakwa semua penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dipercayai terbunuh selepas sesak nafas dan pesawat dipandu dalam mod automatik, lapor AFP.

Kesimpulan itu dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbandingan situasi dalam pesawat dengan insiden sebelum ini, menurut ATSB.

Laporan ATSB semalam mendakwa kegagalan komunikasi dan cara penerbangan stabil seperti pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan anak kapal meninggal dunia lebih awal dipercayai akibat sesak nafas.

ATSB berkata petunjuk luar biasa sepanjang laluan penerbangan dan ketiadaan campur tangan juruterbang diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan itu.

"Berdasarkan penilaian itu, situasi terakhir menunjukkan tiada maklum balas daripada anak kapal atau kejadian kekurangan oksigen dilihat bukti terbaik untuk menjelaskan apa yang berlaku pada saat akhir penerbangan MH370,” menurut laporan itu.

ATSB berkata kesimpulan itu dibuat bagi mengecilkan kawasan pencarian MH370 yang hilang sejak hampir empat bulan lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengetuai delegasi Malaysia ke China untuk memaklumkan pihak berkuasa negara itu perkembangan terkini mengenai kehilangan pesawat MH370.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan, berkata Hamzah akan memaklumkan kepada kerajaan China usaha terkini di peringkat tiga negara melibatkan China, Australia dan Malaysia.

Delegasi yang berlepas ke China semalam turut membawa empat pengerusi jawatankuasa kecil kementerian dan pegawai kanan.

Berikutan kehilangan pesawat MH370, Putrajaya menubuhkan jawatankuasa kecil peringkat kementerian bagi melihat keperluan aset, kepakaran teknikal dan kebajikan waris penumpang.

Setiap jawatankuasa kecil diketuai timbalan menteri bagi membolehkan Putrajaya mengenal pasti kaedah baru dalam pencarian pesawat berkenaan.

Hishammuddin berkata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri yang mengetuai jawatankuasa penggunaan aset baru-baru ini turut mengetuai satu delegasi ke Australia.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .