Lau Thiam Huat, 61, memesan nasi goreng tersebut dan segelas air suam di sebuah restoran di Jalan Bukit Timbalan di sini untuk makan malam pada pukul 9 malam, 30 April lalu.
Katanya, nasi goreng tersebut terlalu panas dan pedas sehingga menyebabkan mulutnya berasa kurang selesa sehingga keesokan harinya.
Dia turut mengesyaki tukang masak restoran tersebut memasukkan terlalu banyak cili di dalam nasi goreng itu.
Lim mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sekiranya pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan selepas makan nasi goreng itu.
Sumber M-S
Sumber M-S
No comments: