Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur diketuai Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutan, Nuridah Salleh yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.
Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.
Mereka menuntut Radzi membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dewan Muslimat PAS hari ini, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.
Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan wanita Islam bertudung labuh yang menyertai Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.
Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis:”Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya”.
Beliau juga menulis:"Muslimah tudung labuh yang berdemonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"
Sebelum ini, Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.
"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya.
No comments: