Firos, 32, berkata, penyatuan mereka sebagai suami-isteri adalah pengakhiran kepada semua cakap-cakap itu dan bersyukur mereka diberi kekuatan untuk mengharungi semua dugaan sebelum disatukan.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan.
"Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir," katanya kepada mStar Online.
Firos yang juga seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, terdahulu selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Renaissance di sini.
Misha menerima sepasang gelang emas sebagai Mas Kahwin sebagai simbolik cinta mereka.
Tambah Misha, dia tidak perlu mempertahankan gosip buruk tentangnya kerana paling penting perkahwinannya dengan Firos adalah nyata.
Sumber M-S
No comments: