» » Hazama Jaga Vokal Dengan Berenang


Penyanyi Hazama mengakui sukan renang yang menjadi suatu kemestian dalam diari waktu riadahnya banyak membantu menguatkan stamina ketika mengadakan persembahan.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, dia seorang yang begitu peka dengan penjagaan vokal nyanyiannya dan telah mengamalkan aktiviti itu sejak lima tahun lalu.

"Seperti semua sedia maklum, berenang sangat baik untuk kesihatan, terutamanya bagi yang mempunyai masalah pernafasan.

"Dan saya pula berenang bagi mengekalkan stamina dan menguatkan lagi vokal nyanyian. Ia antara jenis sukan yang paling mudah dalam penjagaan kesihatan," katanya kepadamStar Online.

Tambah Hazama, dia sanggup berenang dalam tempoh masa yang lama kerana ia terbukti dapat menambah staminanya ketika beraksi di pentas.

Sumber M-S

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .