Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, kritikan yang diterima itu membuatkan dia lebih matang dalam memilih baju yang ingin digayakan terutamanya pada majlis-majlis besar.
"Fesyen itu subjektif, fesyen boleh mengangkat artis untuk menjadi seorang ikon dan sebaliknya mampu menjatuhkan imej mereka juga.
"Saya tidak rasa bersalah kerana kesilapan berfesyen pada majlis anugerah Meletop tempoh hari kerana bagi saya jika ramai yang kritik ia akan lebih mematangkan saya," katanya kepada mStar Online.
Neelofa berkata demikian ketika ditanya tentang gaya busananya pada majlis pelancaranhlive! , Isnin lalu yang lebih sopan rekaan khas oleh Rosix Wanpa.
Pada majlis itu Neelofa tampil anggun dengan pakaian gaun labuh berwarna coklat dengan motif bunga berwarna hitam.
Sebelum ini dia pernah dikritik apabila mengayakan baju ketat yang dikatakan mirip kartun Power Rangers ketika mengacarakan Anugerah Meletop pada 8 Februari lalu.
Tambahnya disebabkan perkara itu juga dia sentiasa mengikuti perkembangan fesyen dari semasa ke semasa.
"Semua orang pernah salah berfesyen, malah artis luar negara pun selalu dikritik tentang fesyen kerana kadang-kadang kita akan terlepas pandang.
"Namun saya akui sebagai artis kita perlu mengikuti perkembangan fesyen setiap masa," ujarnya.
No comments: