Mereka berkata walaupun Najib mempunyai hak mempertahankan dirinya, langkah yang lebih sesuai adalah menerima tawaran Malaysiakini untuk menjawab dan berdiskusi dengan pembaca.
Peguam perlembagaan Edmund Bon berkata, ia lebih baik kerana langkah itu hanya akan "memakan diri" kepada mana-mana ahli politik.
"Dalam era internet ini, ada positif dan negatif daripada maklum balas pembaca. Ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat. Oleh itu, mereka harus sudah menjangka akan terdedah kepada penilaian masyarakat. Berbanding mengambil tindakan saman, baik mereka membuat penjelasan dan memperbaiki tingkah laku mereka," katanya.
Malaysiakini melaporkan semalam Najib mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka atas penerbitan komen pembacanya berkenaan cara pengendalian beliau terhadap kebuntuan politik di Terengganu.
Portal berita itu berkata, tindakan undang-undang perdana menteri dimulakan atas kapasiti peribadi dan bersama dengan Umno melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Surat tuntutan dihantar dengan tangan kepada portal berita dalam talian itu pada Rabu lalu, yang menyatakan: "Komen dua pembaca dalam ruangan pembaca 'Yoursay’ yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu 'Kes PM tuai apa yang dia tanam' dan 'Berapa yang perlu Najib belanjakan untuk mengekalkan Terengganu?' adalah fitnah."
Mereka menuntut permohonan maaf tanpa syarat dalam tempoh 48 jam daripada pengeluaran surat dan penarikan balik artikel fitnah itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata seperti mana-mana individu lain, Najib berhak mengambil tindakan untuk melindungi hak-hak undang-undangnya dan ia pernah berlaku di Singapura yang melibatkan perdana menteri republik itu.
"Bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada beliau harus melakukan ini semasa menjadi perdana menteri yang melibatkan masanya yang berharga dan tenaga yang terganggu oleh apa-apa tindakan undang-undang tahap rendah.
"Ahli-ahli politik dan individu yang menduduki jawatan awam perlu menjangka kritikan daripada orang ramai, sebahagian atau hampir semuanya kadang-kadang bukan betul pun.
"Reaksi yang betul untuk penerima kritikan adalah menjawab kembali hujah-hujah terhadap kritikan itu," katanya dalam e-mel kepada The Malaysian Insider.
Peguam Ragunath Kesavan (gambar) berkata hasrat Najib membawa Malaysiakini ke mahkamah adalah "salah" kerana sebagai seorang ahli politik, mereka tertakluk kepada kritikan sepanjang masa.
"Awak adalah perdana menteri. Akan ada kritikan terhadap anda. Dan sebagai seorang ahli politik, anda mesti mempunyai kulit setebal tembok. Rakyat mempunyai hak demokratik untuk bercakap walaupun anda tidak bersetuju dengan mereka," katanya.
Sambil mengakui Najib mempunyai hak mempertahankan dirinya, Ragunath berkata beliau tidak akan menjadi pertama atau terakhir yang memulakan prosiding undang-undang terhadap media di negara ini, mencatatkan bahawa pemimpin pembangkang juga melakukannya banyak kali.
"Untuk berlaku adil kepada PM, terdapat banyak kenyataan yang dibuat terhadapnya dalam talian. Rakyat perlu belajar untuk bertanggungjawab dalam membuat komen dan ramai yang seolah-olah tidak sedar tentang tanggungjawab ini," katanya.
Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin berkata, dalam menangani perkara-perkara yang disiarkan media, hak untuk menyiarkan adalah jawapan yang sangat penting.
Beliau berkata, sebanyak mana media mempunyai hak untuk membalas, pihak yang terkilan juga harus mempunyai hak membalas.
"Hanya jika media enggan menyiarkan jawapan daripada pihak yang terkilan maka pihak ini perlu mengambil media ke mahkamah," katanya.
No comments: