» » Malaysia dikategori negara tidak melindungi hak pekerja


Malaysia dikategorikan antara negara yang tidak melindungi hak pekerja dan mendapat markah '5', lapor kaji selidik Konfederasi Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC).

Kajian ITUC menunjukkan Malaysia antara negara yang teruk untuk bekerja di dunia berdasarkan laporan Global Rights Index yang didedahkan pada umum Isnin lalu.

ITUC merupakan sebuag gabungan pusat kesatuan sekerja meliputi 325 organisasi sekutu di 161 negara.

Negara terbaik diberikan label 1, manakala negara terburuk untuk persekitaran bekerja diberikan 5+.

Malaysia memperolehi mata 5, bersama 23 lagi negara.

Bagi jiran dari Asia Tenggara, Singapura memperolehi markah 3 menjadikan mereka negara terbaik untuk bekerja.

Manakala Indonesia, Myanmar dan Thailand masing-masing memperolehi 4 markah.

Filipina dan Kemboja berada bersama Malaysia daripada segi jumlah markah.

Laporan itu berkata, negara yang memperolehi 5 markah tidak melindungi hak pekerja.

Negara-negara ini mempunyai perundangan yang meliputi hak pekerja, namun pekerja tidak mempunyai akses terhadap hak tersebut untuk mendedahkan amalan buruh yang tidak adil dan rejim autokratik.

Negara yang memperolehi markah 5+ pula tidak menjamin hak pekerja berikutan masalah perundangan mereka.

Antara negara yang berada kumpulan ini adalah negara yang bergolak seperti Syria dan Sudan.

Negara seperti Norway dan Uruguay memperolehi 1 markah mempunyai jumlah kes yang terlalu sedikit pelanggaran hak pekerja.

Pekerja di negara tersebut boleh mempertahankan hak mereka melalui tawar-menawar.

Negara yang mendapat markah 2 melakukan pelanggaran hak berulang kali. Mereka mempunyai kelemahan dalam beberapa hak pekerja termasuk serangan berterusan daripada kerajaan dan syarikat.

Negara seperti Israel menduduki tangga ke-3, yang mana negara dan syarikat saling campur tangan dalam hak pekerja .

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .