» » 'Kes pelajar sekolah dirogol 38 lelaki bukti sistem perundangan yang ada lemah'


Kejadian rogol pelajar sekolah membabitkan 38 lelaki di Kelantan Selasa lalu menunjukkan kelemahan sistem perundangan di negara ini menangani kes jenayah.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, kes tersebut membuktikan penjenayah tidak gentar mahupun gerun terhadap sistem perundangan yang ada.

"Keberkesanan sistem perundangan yang ada semakin diragui apabila kadar jenayah dalam negara tidak berhenti meningkat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, jika sistem perundangan Islam (hudud) dikuatkuasakan, pesalah tidak boleh didakwa di bawah kesalahan hudud kerana terdapat pelbagai keraguan, seperti tiadanya empat saksi yang adil, tetapi ia akan didakwa di bawah perundangan takzir.

Namun katanya, ini tidak bermakna ia lebih rendah daripada hudud kerana hukum takzir boleh lebih keras sekiranya mahkamah melihat wujudnya keperluan menjatuhkan hukuman yang lebih berat.

"Kepada mereka yang menentang perundangan Islam, khususnya hudud, apa perasaan anda kalau yang dirogol 38 lelaki itu adalah anak gadis anda?

"Apa yang diperuntukkan di bawah hudud setimpal dengan apa yang dirasai ibu bapa mangsa.

"Bagi golongan yang menentang hudud kerana kesiankan hak asasi perogol tersebut, renungkanlah kalau kamu adalah ibu bapa mangsa rogol tersebut," katanya.

Katanya, kebanyakan manusia masih merasakan undang-undang ciptaan sendiri lebih hebat walaupun kegagalannya semakin terserlah dan masih terus berdegil untuk memilih peraturan lain yang dianggap hebat dengan menolak undang-undang yang diturun oleh Pencipta.

katanya, mereka tetap enggan mengaku bahawa undang-undang ciptaan manusia gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta dan keturunan yang sangat serius.

Beliau turut menyeru pelbagai pihak khususnya kerajaan, supaya mencari jalan penyelesaian yang lebih holistik.

"Allah menurunkan suatu sistem perundangan bagi menyelamatkan agama, akal, harta, maruah serta zuriat dan keturunan manusia.

"Sekarang ia bergantung kepada umat untuk merealisasikan sistem perundangan Islam bagi menyelamatkan masyarakat daripada penjenayah yang sedang berkeliaran mencari mangsanya," katanya.

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua pelajar tingkatan tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, sehingga mangsa mengalami kecederaan dan trauma teruk.

Seorang rakan lelaki mangsa pula dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh sekumpulan lelaki berusia 20-an hingga 40-an.

Sehingga kini, 14 suspek ditahan polis bagi membantu siasatan termasuk tiga beranak membabitkan seorang bapa berusia 38 tahun dan anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .