Salah satu lagi cabaran adalah usaha untuk berintegrasi dengan Asean dan negara lain di dunia, katanya ketika berucap di mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015 hari ini.
“Ketidaksamaan (ekonomi) adalah cabaran kita paling besar dan saya ingin lihat ekonomi kita diagih dengan lebih sekata apabila kita maju ke hadapan," kata Najib yang juga menteri kewangan.
Beliau mengulangi kenyataannya pada Jumaat lalu di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 di Jepun berhubung agihan pendapatan di Malaysia.
Dengan pekali Gini pada kadar 0.431 pada 2012, jurang ekonomi di Malaysia merupakan antara yang paling tinggi di rantau ini dan lebih buruk berbanding Thailand (0.4), Indonesia (0.37) dan India (0.33).
Pekali Gini itu menyukat jurang perbezaan di antara golongan paling kaya dan paling miskin dalam sesebuah negara.
Pekali Gini bagi Malaysia berubah sekitar kadar 0.4 sejak lewat 1980-an, walau dengan kemajuan yang dicapai.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan juga sedang mengkaji langkah untuk mengurangkan bajet defisit, termasuk dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pemotongan subsidi.
Katanya, Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) akan menerbitkan rangka kerja tempoh jangka sederhana untuk menangani perkara itu, lapor Bernama.
Menurut laporan itu, Najib juga berkata kerajaan akan memandang serius ke atas cadangan Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan dan pembaziran dan memastikan pengurusan berhemat.
sumber
No comments: