» » Bajet 2015 dibentang 10 Oktober 2014


Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

"Ia juga akan membantu memastikan peralihan lancar kepada Rancangan Malaysia ke-11 yang menyediakan dorongan akhir dalam mentransformasikan negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020," kata Najib yang juga Menteri Kewangan sebelum mempengerusikan mesyuarat perundingan Bajet 2015, di Putrajaya hari ini.

Tema perundingan bajet tahun ini ialah 'Meningkatkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal dan Memakmurkan Rakyat'.

"Dalam meningkatkan usaha bagi memastikan ekonomi terus berkembang, kami juga komited melihat agenda reformasi fiskal tidak dipinggirkan."

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .