Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada penyokong pasukan itu supaya tidak mengharapkan kehadiran ramai pemain baru kerana mahu menilai semula prestasi anak buahnya dalam menghadapi kempen Liga Perdana England sepanjang musim ini.
Wenger memberikan jaminan itu untuk memastikan pasukan pimpinannya tampil lebih kuat dalam setiap perlawanan. Bagaimanapun berpendapat bilangan pemain baru yang ramai bukan tumpuan utama.
Ketika ini skuad The Gunners berjaya melayakkan diri ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.
"Matlamat utama adalah untuk memastikan semuanya berjalan lancar kerana kami percayai semakin hampir untuk memperoleh gelaran sebagai juara," katanya.
Skuad kendalian Wenger akan mengesahkan slot ke pertandingan kelab elit di Eropah itu buat kali ke-17 berturut-turut sekiranya berjaya menewaskan West Bromwich Albion di Stadium Emirates, malam ini.
Bagaimanapun, Arsenal tidak perlu memenangi perlawanan terakhir di gelanggang sendiri itu sekiranya pencabar terdekat, Everton tewas kepada Manchester City awal pagi tadi.
Kekalahan itu bakal menutup peluang skuad The Toffees untuk menamatkan kempen liga domestik musim ini dalam kelompok empat pasukan terbaik.
Selepas gagal memenangi trofi hampir satu dekad, kejayaan mara ke kempen Liga Juara-Juara merupakan satu kegembiraan buat Wenger.
Arsenal berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi sekiranya berjaya menewaskan Hull City pada final Piala FA di Stadium Wembley, 17 Mei depan.
Bagaimanapun, Wenger tetap berasa kecewa selepas Arsenal mempersia-siakan peluang keemasan untuk memenangi trofi Liga Perdana England buat pertama kalinya sejak 2004.
Arsenal memimpin kedudukan teratas dan dilihat sebagai pencabar utama gelaran juara liga sebelum merudum pada awal tahun lalu.
“Disember lalu, kami berada di kedudukan yang baik. Pada masa itu, kami berharap pemain utama akan cergas sepenuhnya pada Mac dan April. Namun, kami mengalami banyak masalah kecederaan.
“Ia sangat sukar, saya terpaksa menurunkan barisan pemain yang sama dan ia memberikan masalah kepada kumpulan pemain ini,” katanya yang kehilangan pemain seperti Aaron Ramsey, Theo Walcott dan Jack Wilshere kerana mengalami kecederaan.
No comments: