Oleh itu adalah tidak masuk akal bagi pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memberi amaran kepada bukan Islam untuk tidak turut serta dalam perdebatan mengenainya, kata sebuah petubuhan peguam hari ini.
"Hudud akan mengubah asas lanskap perundangan sekiranya ia dikuatkuasakan, dan mempunyai kesan mendalam terhadap masyarakat Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Libery, Eric Paulsen
Beliau memberi reaksi terhadap kenyataan presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman semalam yang berkata bukan Islam tidak berhak membantah penggubalan hudud dan harus akur kepada batasan mengenai apa yang boleh dibincang mereka.
Abdullah turut berkata, bukan Islam perlu "bersyukur dengan apa yang diperoleh daripada apa yang diperlukan".
"Saya tidak nampak apa jasa besar mereka sehingga mereka diberi kelebihan yang begitu banyak. Pada saya itu lebih daripada adil. Mereka perlu sedar," katanya kepada The Malaysian Insider di Persidangan Pemikir Muslim Antarabangsa di Kuala Lumpur, semalam.
"Pendirian mereka yang begitu keras dan tidak menghormati adalah berlebihan dan tidak sedar diri dengan apa yang mereka nikmati," katanya, sambil menambah bukan Islam tidak berhak menentukan hala tuju masyarakat Islam di negara ini.
Kenyataan Abdullah dipercayai merujuk bantahan PKR dan DAP terhadap usaha PAS untuk memperkenalkan undang-undang hudud di Kelantan.
Sementara itu, Paulsen merujuk kepada rampasan kitab Bible di Selangor, pertikaian mengenai penggunaan istilah Allah oleh bukan Islam dalam teks keagamaan mereka, dan masalah yang timbul ekoran salah seorang pasangan bukan Islam menukar agamanya kepada Islam.
"Insiden sebegini mencetuskan banyak masalah dan rasa tidak puas hati, walaupun undang-undang tersebut digubal untuk membela Islam dan umat Islam," katanya.
Paulsen berkata, setiap warganegara punya hal memberi pandangan mereka samada hudud sesuai dikuatkuasalan dalam masyarakat pelbagai agama dan kaum seperti Malaysia.
Katanya lagi, hudud juga berkisar mengenai persoalan hak asasi ekoran jenis hukuman yang dicadangkan, termasuk hukuman rejam dan memotong anggota badan, adalah tidak bertamadun.
"Timbul juga persoalan samada hudud boleh dilaksanakan di satu bahagian negara sedangkan yang selebihnya menurut undang-undang jenayah sivil," katanya, dan menambah peruntukan seumpama itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan perlindungan sama kepada semua.
Paulsen berkata semua pihak berhak mempersoalkan pelaksanaan hudud, kerana ada kalanya sesuatu jenayah dilakukan bersama oleh Islam dan bukan Islam.
"Mereka yang menyokong hudud mesti memberi penjelasan tentang semua itu, dan ini termasuk usaha rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan kanun Islam di Kelantan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Bahasa Inggeris MCA Negeri Sembilan, Tan Foong Luen, mengingatkan Abdullah bahawa masyarakat bukan Islam hanya bimbang mengenai undang-undang dan hak mereka di bawah Perlembagaan.
"Kami membantah hudud kerana Malaysia sebuah negara sekular dan sistem perundangan jenayah sekarang berjalan dengan baik untuk semua orang," katanya.
Tan, yang juga merupakan seorang peguam, memetik perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dan juga keputusan Mahkamah Agung, yang menyifatkan Malaysia sebuah negara sekular di mana peranan Islam dihadkan kepada hal istiadat.
"Bukan Islam tidak mencampuri urusan Islam tetapi hal berkisar undang-undang dan perlembagaan," tegasnya.
Katanya, Abdullah tidak boleh menghalang bukan Islam menyatakan pendapat mereka kerana hudud akan memberi kesan kepada semua orang walapun ia ditujukan kepada umat Islam dan dihadkan kepada Mahkamah Syariah.
"Isma harus belajar menghormati kebebasan pihal lain memberi pendapat mereka. Sudah tentu kami akan menggunakannya dengan cara bertanggungjawab," kata Tan, sambil menambah perbezaan pendapat harus dibenarkan bercambah dalam sesebuah demokrasi.
"Golongan majoriti tidak boleh menggunakan kekuatan mereka menyekat pandangan golongan minoriti. Ada kalanya kebenaran memedihkan, tetapi ia perlu didengari," katanya.
Abdullah, yang berkata Isma merasakan Malaysia belum bersedia melaksanakan hudud, menyatakan sokongan NGO itu terhadap hudud kerana ia boleh menjadi titik pertemuan dua parti Melayu, PAS dan Umno.
Kontroversi hudud meletus lagi selepas PAS mengumumkan rancangannya pada bulan lalu membawa dua rang undang-undang persendirian (private members’ bills) di Parlimen bagi membuka jalan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rancangan itu membawa kepada pertikaian di antara Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Nik Amar memberitahu rakan PAS dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka "tidak berhak bercampur tangan" dalam usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, dan ini menyebabkan Loke menyeru PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.
DAP sudah sekian lama membantah pelaksanaan hudud di Malaysia, dengan mendiang Karpal Singh, bekas pengerusinya, bertegas bahawa undang-undang itu melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan negara.

No comments: