Jadi, dalam minda pemimpin-pemimpin Umno, berpusing-pusing pertanyaan PAS: Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak?
Sebagai parti pragmatis, separuh sekular dan separuh modernis, Umno menyatakan sikapnya dengan jelas melalui (a) jawapan Najib Abdul Razak dan (b) penubuhan jawatankuasa teknikal bersama antara Putrajaya dengan Kota Bharu
Presiden Umno tidak berani mengatakan hudud tidak relevan atau bukan sebahagian kepercayaan agama.
Najib tidak mampu mengungkap alasan teknikal, hujah agamawan semasa atau konteks zaman seumpama Anwar Ibrahim (dalam Umno) menangguhkan hudud.
Sebaliknya, perdana menteri ingin melihat sama ada konsep dan agenda hudud PAS itu "serasi dengan kehendak Islam" atau tidak. Sama ada mereka faham atau tidak, Islam tetap diimani tetapi agenda agama PAS harus pula diragui.
Mereka tidak lagi in toto menolak hudud seperti disebutkan dalam al-Quran tetapi mengambil sikap lunak, berjinak-jinak mengajak PAS berbincang tentang enakmen hudud Kelantan dan draf rang undang-undang persendirian parti Islam.
Tidak seperti penentangan awal Umno, waktu itu diterajui Dr Mahathir Mohamad, terhadap fundamentalisme PAS pada 1980-an, Najib tiada tiang intelektual atau benteng moral untuk menentangnya secara berdepan.
Sejak kejayaan Islamisasi mulai 1970-an, intelektual agama dalam Umno dan birokrat Islam dalam kerajaan sudah hilang tenaga batinnya untuk tegak berdepan menentang agenda hudud PAS.
Parti Islam berjaya menghududkan legitimasi Umno sehingga parti Melayu itu tiada pilihan lain kecuali meyakini jawapan PAS: Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak?
Seperti Islamis berjaya menukar PAS yang nasionalis kepada PAS yang fundamentalis sewaktu arus fundamentalisme menjadi "game changer" politik negara.
Hari ini, Najib terbiar sendirian menangkis serangan agenda PAS.
Tidak seperti Anwar atau Abdullah Ahmad Badawi, presiden Umno kini tiada sebarang legitimasi agama -- sama ada pada bibirnya, batang tubuhnya atau pakaiannya -- untuk berhujah isu hudud.
Dalam keadaan seperti ini, Najib lebih mudah disergah PAS dalam agenda hudud berbanding Anwar, Abdullah atau Mahathir.
Najib awal-awal lagi direjam dengan lontaran-lontaran hujah PAS. Tiada lagi barisan ulama Umno ingin menyelamatkan presiden parti daripada PAS; tidak seperti tokoh-tokoh agamawan parti itu membentengi Dr Mahathir.
Gaya kepemimpinannya, termasuk sejumlah imej negatif dirinya dan isterinya Rosmah Mansor, Najib tidak banyak pilihan kecuali mengeluarkan hujah pro-hudud dalam al-Quran. Pada masa sama, beliau tetap waspada pada agenda hudud PAS.
Maka muncullah saranan jawatankuasa teknikal bersama antara Putrajaya dengan Kota Bharu yang disimbolkan melalui Jamil Khir Baharom.
Jamil Khir pula bukanlah tokoh-tokoh besar agamawan Umno era Dr Mahathir: Wan Mokhtar Wan Ahmad, Dr Yusuf Nor, Dasuki Ahmad, Dr Hamid Othman atau Dr Faisal Osman.
Jamil Khir itu sendiri muncul di pinggir bayang-bayang jubah Dr Haron Din, Dr Hasan Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man pada 1990-an, sewaktu Islamisasi sudah kian sukar dibendung.
Islamisasi itulah yang membangkitkan pertanyaan PAS: Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak?
Sementara kita pula tertanya-tanya apakah agenda sebenar, tersurat dan tersirat, rundingan jawatankuasa teknikal hudud antara Umno dan PAS.
Apakah Umno begitu terdesak sehingga terpaksa menelan agenda hudud PAS?
Atau, Umno nampak ada peluang terbaik untuk meningkatkan legitimasi agamanya dan melemahkan Pakatan Rakyat?
Atau, seperti siri-siri rundingan dan mesyuarat-mesyuarat teknikal, ia sekadar taktik Umno melengah-lengahkan masa dan mengendurkan PAS?
Atau, sememangnya Umno sudah insaf dan ikhlas melaksanakan tuntutan ini sehingga tidak lagi berfikir beberapa kali dengan licik?
Di sebalik jawatankuasa teknikal bersama ini, kita tertanya-tanya, apa lagi Najib mahu?
Sumber M-K

No comments: