Ini ekoran peguamnya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan kuasa-kusa Khas) bagi mencabar keabsahan pertuduhan terhadap Kassim yang tinggal di Kedah; dan sama ada ia mengikut perlembagaan.
Ia juga ekoran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahannya di negeri utara semenanjung itu yang di luar bidang kuasanya.
Hakim Syarie Azzeman Omar menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut semula hari ini.
Ketua pendakwa Syarie Ibrahim Deris sebelum itu memohon untuk melakukan pindaan terhadap dua pertuduhan sebelum ini dan menambah satu pertuduhan ke atas Kassim.
Namun, peguambela syarie Rosli Dahlan meminta mahkamah menangguhkan prosiding kerana pihak mereka telah mendaftar satu pertuduhan di mahkamah sivil.
Mahathir ikuti prosiding
Sementara itu, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan anak perempuan Marina turut hadir menyaksikan prosiding kes itu hari ini.
Kehadiran beliau dilihat banyak pihak sebagai memberikan sokongan moral terhadap pemikir kontroversi itu.
Pada 27 Mac, Kassim mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan menghina Islam melalui ucapan berhubung "mendewa-dewakan nabi Muhammad dalam syahadah" dan hujah berhubung "aurat wanita".
Beliau didakwa menyatakan demikian dalam seminar pemikirannya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, yang dirasmikan Mahathir, pada 16 Februari.
Kassim juga dituduh mengingkari pihak berkuasa agama kerana membuat ucapan yang memetik kandungan buku yang diharamkan pada 18 tahun lepas.
Sumber M-K
No comments: