» » Hanez Suraya dan Kekasih Saman MAS Bocor Maklumat Peribadi


Seorang pelakon drama dan kekasihnya menyaman Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) kerana melakukan ‘pencerobohan peribadi’ apabila maklumat penerbangan mereka telah dimuat naik di akaun Facebook.

Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, dan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan".

Liyana adalah isteri kepada Romie dan mereka sedang dalam proses perceraian

Hanez Suraya berkata, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari dan mereka telah memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas .

Bagaimanapun selepas itu mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif mengejek mereka.

Mereka turut mendapati gambar-gambar pas masuk berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial, blog dan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Hanez Suraya berkata saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melalui peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita, Hanez berkata privasi beliau telah diceroboh.

"Ini adalah soal pencerobohan maklumat sulit dan keselamatan saya sebagai penumpang MAS.

"Ia telah menyebabkan kekecohan di Internet sehingga ia menjadi perbincangan umum," katanya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hanez selaku plaintif berkata, MAS telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mereka berkata bahawa MAS memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua data dan maklumat peribadi termasuk penerbangan adalah selamat.

Mereka berkata tindakan MAS atau pekerja mereka dalam mendedahkan pas masuk adalah tidak beretika dan melanggar akta berkenaan.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos dari MAS yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam tuntutan berkenaan.

sumber

nota : kepada sesiapa yang terlepas kes tersebarnya tikiet kapal terbang itu , boleh klik link dibawah untuk pendedahannya .

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .