Menurut portal berita Britain, The Mirror (www.mirror.co.uk) Clooney, 53, bertemu dengan Amal melalui seorang kawan dalam satu majlis amal September lalu.
Apabila Amal enggan mengambil no telefonnya, itu telah mencabar ego Clooney yang kemudiannya berazam untuk menghubunginya dengan cara lain.
Dan cara itu adalah menerusi emel yang diperolehinya juga daripada seorang rakan.
Namun begitu Clooney akan kemudiannya mendapati yang Amal tidak terus membalas emelnya sehinggalah dia akhirnya mendapati yang Clooney adalah seorang yang kelakar dan pandai mengambil hatinya.
"Pada mula Amal bermain susah untuk dipikat dia tidak mudah memberi laluan kepada Clooney sehinggalah akhirnya mereka mula berbalas emel dan menemui kebahagiaan," ujar seorang teman rapat mereka.
Kini aktor itu menurut The Mirror kini sedang mencari kediaman baru di Richmond, Selatan London, untuk membolehkannya berada lebih dekat dengan Amal, 36.
Kawasan tersebut juga dikatakan menarik minat Clooney kerana ia terletak di dalam taman dan hampir dengan pejabat Amal.
Clooney juga mempunyai sebuah banglo mewah di Tasik Como yang terkenal di Itali.
Amal bagaimanapun boleh dikatakan menghabiskan sebahagian besar kerjanya di London.
Dia kini mewakili pengasas Wikileaks, Julian Assange dalam kes mahkamah dan juga penasihat undang-undang kepada bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.
Amal pernah diundi sebagai peguam wanita 'paling panas' di London tahun lalu.
Dan Clooney pula adalah lelaki Hollywood paling seksi.
Clooney pernah mencetuskan kontroversi apabila dia membuat pengakuan tidak akan berkahwin lagi sejak kegagalan perkahwinan pertamanya bersama Talia Balsam pada 1993 dan pernah melabelkan dirinya sebagai 'suami yang teruk'.
Sejak itu dia sekadar bermain cinta dengan ramai wanita termasuklah DJ popular Britain, Lisa Snowdon, aktres dan ahli gusti wanita, Stacy Keibler dan model Itali, Elisabetta Canalis.
Tetapi menakjubkan kerana hanya selepas bertemu Amal, hati Clooney kembali terbuka untuk berkahwin semula.
Pada Isnin, Clooney dan Amal telah meraikan majlis pertunangan mereka di restoran milik Cindy Crawford di Malibu yang turut dihadiri oleh penyanyi terkenal Bono.
Amal dilahirkan di Beirut, Lebanon, pada 1978. Sekitar 1987, keluarganya berhijrah ke London. Ibunya, Baria, 66, berkhidmat sebagai editor untuk sebuah akhbar berbahasa Arab di London, al-Hayat manakala bapanya Ramzi, adalah seorang bekas profesor pengajian perniagaan di American University of Beirut.
Amal kemudiannya melanjutkan pelajarannya di St. Hugh's College, Oxford, di mana dia memperolehi ijazahnya yang pertama dalam jurispruden pada 2000. Pada tahun berikutnya, dia menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Sekolah Undang-Undang Universiti New York.
Dia kemudiannya menjalani ujian praktikal di firma guaman terkenal New York, Sullivan & Cromwell selama tiga tahun.
Selepas itu iaitu pada 2004, Amal telah berkhidmat dengan Mahkamah Antarabangsa.
Dia fasih bertutur dalam tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
Sumber M-S
No comments: