» » Dyana Sofya lancar buku pertamanya ‘Di Sini Bermula’


Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan buku pertamanya, 'Di Sini Bermula' sempena kempen Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Majlis pelancaran malam tadi turut disaksikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk majikannya yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Buku tersebut menampilkan kumpulan tulisan Dyana yang disiarkan pelbagai media sebelum ini.

Sementara itu, Dyana menyatakan penghargaannya kepada Kit Siang yang tanpa henti mendorong beliau untuk menyampaikan buah fikiran dalam bentuk tulisan.

“Ketika awal berkhidmat (sebagai setiausaha politik Kit Siang), mentor saya selalu kata, ‘awak perlu mula menulis, perlu terus menulis’.

“Jadi, saya tujukan buku ini kepada beliau yang sentiasa mendorong saya. Buku ini adalah tulisan seikhlas hati saya,” katanya seperti dilaporkan Roketkini.

Sementara itu, Kit Siang dalam ucapannya berkata beliau kagum dengan Dyana yang berjaya menerbitkan buku pertama seawal usia 27 tahun.

“Buku pertama saya, ‘Time Bombs in Malaysia’ terbit pada 1978, ketika saya berusia 37 tahun. Namun, Dyana berjaya terbitkan buku pada umur 27 tahun,” katanya.

Beliau juga menyifatkan buku itu pasti akan menyangkal tohmahan Barisan Nasional Dyana adalah ‘boneka’ semata-mata.

“Mereka kata Dyana ini boneka, alat dan tiada fikiran sendiri. Saya kata beliau adalah 3B – brain, beauty, bravery (bijak, cantik, berani),” katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .