» » 5 sebab mengapa rakyat Malaysia patut bersyukur kepada UMNO


Musim mengarut itu kembali lagi, Umno gelabah apabila lebih banyak bukti menunjukkan kenyataan gahnya iaitu Umno adalah Melayu dan Melayu adalah Umno, hanyalah sekadar satu kenyataan dan tidak lebih daripada itu.

Uri antara Umno dan Melayu sudah lama terputus. Tetapi mereka masih berlagak menjadi barisan hadapan bagi orang Melayu.

Kini, mereka buat-buat seperti terkejut dan marah apabila Dyana Sofya Mohd Daud bertanding di pilihan raya kecil Teluk Intan atas tiket DAP. Dia digelar tidak kenang budi dan pengkhianat. Mereka yang memberikan gelaran itu adalah hanya tindakan hipokrit yang memberitahu rakyat Malaysia kita patutnya dan selamanya berterima kasih kepada mereka.

Bagi mengekalkan semangat Umno, The Malaysian Insider menawarkan lima sebab mengapa kita perlu ‘tabik’ kepada ahli politik Umno.

1)Kita mesti berterima kasih kepada Umno kerana mereka mengaburkan antara yang benar dan salah; memadam kesalahan rasuah. Terima kasih kepada Tetuan Najib, Muhyiddin dan Mahathir.

Rakyat Malaysia boleh hidup melebihi keperluan, menipu cukai, beli kereta dan rumah menggunakan duit haram dan tidak menyesal atau bersalah. Kenapa? Kerana semua pemimpin Umno begitu. Kita ulang saja.

Bukan hanya seorang menteri Kabinet yang akan lulus ujian pengesan bohong mengenai bagaimana mereka mengumpul kekayaan dan dengan ajaibnya semua pemeriksaan terhadap mereka oleh SPRM terhadap gaya hidup mereka melebihi kemampuan akan gagal.

Daripada Porche klasik hingga pangsapuri di London, mereka ada semua. Jadi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada mereka kerana menunjukkan bagaimana untuk hidup mewah tanpa rasa bersalah.

2)Kita perlu bersyukur kepada Umno kerana menunjukkan keluarga itu penting. Tidak ada apa yang boleh melebihi saudara dalam penganugerahan kontrak, konsesi kepada anak, menantu, kakak, abang, anak saudara. Anda sudah nampak gambarannya sekarang.

Jadi, kita ada menantu menteri kanan Umno yang menjadi pemilik konsesi bio-metrik yang sangat mahal; menantu muda seorang lagi menteri kanan Umno yang dapat urusniaga; abang seorang lagi menteri kanan Umno sangat berjaya sebagai broker pekerja asing.

Dan selepas itu ada banyak, tidak terkira anak ahli politik Umno yang sekelip mata jadi sangat kaya, ada yang berada dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Dan kita belum lagi bermula dengan keluarga Pertama dan waris mereka.

Jadi, terima kasih Umno kerana menunjukkan kami keluarga itu penting.

3)Kita mesti bersyukur kepada Umno kerana kini meluahkan perkara yang mengarut bukan lagi sesuatu yang mempersenda; untuk bercakap dengan lidah bercabang atau flip-flop mengenai apa sahaja.

Ahmad Maslan, Ridhuan Tee, Hishammuddin Hussein, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Said... Seperti tagline syarikat penerbangan tambang murah terkenal: Sekarang semua orang boleh cakap mengarut.

4)Kita mesti bersyukur kepada Umno mereka menunjukkan bagaimana untuk membina sesuatu dengan peluh dan air mata selama berdekad lamanya dan menghancurkannya dalam satu malam dengan perkataan dan tindakan yang tidak terkawal.

Andaikan, Umno memainkan peranan penting membina Malaysia tetapi di pertengahan jalannya, budaya menaikkan sewa, kemasukan individu yang tidak bermoral dan cauvinisme dan takut hilang kuasa dicampur untuk menukar parti pemerintah itu kepada bola pemusnah.

Untuk terus berkuasa, Umno memusnahkan banyak institusi dari kehakiman kepada polis, memecahkan Malaysia mengikut kaum dan agama dan memusnahkan negara yang dirahmati ini. Jadi, terima kasih kerana memusnahkan negara yang dirahmani ini.

5)Kita mesti bersukur kepada Umno untuk lembaran polisi dan pelan yang membenarkan sistem pendidikan Malaysia di mana ia berada hari ini: dalam jurang amat dalam.

Murid sekolah rendah kita ketinggalan jauh berbanding rakan sebaya mereka di negara Vietnam; universiti kita tidak wujud di ranking serantau atau global; graduan kita tidak boleh bercakap atau menulis menggunakan Bahasa Inggeris sempurna kini, kemasukan hasil sistem pendidikan kita ke Harvard adalah jarang, sama jarangnya dengan kehadiran perdana menteri di Parlimen.

Jadi, terima kasih Umno. Kami bersyukur.


sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .