Jurucakap Suaram Pulau Pinang Ong Jing Cheng berkata, anggota keluarga, dengan sokongan beberapa NGO dan parti politik, menyerahkan memorandum lima perkara kepada ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi .
Insiden itu berlaku pada 8 Mac.
Selain tuntutan melaksanakan inkues terbuka, Ong berkata, memorandum menuntut polis memberikan jawatan sebenar berhubung sebab kematiannya.
“Kami kecewa tiada tindakan konkrit diambil bagi menjelaskan kes ini.
"Kami harap insiden seperti ini tidak lagi berlaku,” katanya dalam sidang media di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) di Jalan Penang semalam.
Ong ditemani saudara lelaki Kamarulnizam, Kamaruzzaman, dan bapanya serta beberapa wakil rakyat di negeri itu.
Sumber M-K
No comments: