» »Unlabelled » Tengku Adnan: Cukai taksiran , Hanya Tuhan tahu


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini memberikan reaksi 'hanya Tuhan saja yang tahu' apabila ditanya sama ada kerajaan akan bertindak menurunkan kadar cukai taksiran hartanah pada penduduk di ibu kota atau tidak.

Soalan itu ditanya kepadanya susulan daripada kenyataannnya yang kelihatan yakin apabila berkata, rakyat akan terkejut apabila melihat tarif terbaharu cukai taksiran yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Only God knows, (hanya Tuhan saja tahu) tapi rakyat akan terkejut melihat tarif baharu cukai kerana mereka pasti tidak menyangka kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) ‎sebenarnya benar-benar menepati janji dan prihatin.

"Kita tidak akan menyukarkan rakyat, apa sahaja tarif baru cukai kita jamin tidak akan sesekali membebankan penduduk," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program karnival belia di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya akan membentangkan kertas kerja mengenai penilaian semula cukai pada mesyuarat Kabinet akan datang.

"Kita akan bentangkan di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mesyuarat Kabinet dan bersama-sama kongsi pendapat dengan menteri lain.

"Sekarang ini dalam pusingan kali pertama dibentangkan dan kerta kerja itu juga kita serahkan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan ‎Kerajaan Tempatan (KPKT)," katanya

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .