Beliau berkata kementerian akan menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap bas ekspres dan persiaran di terminal bas serta menempatkan pegawai penguat kuasa rondaan di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.
"Kementerian akan mengadakan satu mesyuarat bersama dengan semua agensi terlibat esok bagi membincangkan tindakan penguatkuasaan lanjut yang akan di ambil," katanya kepadaBernama.
Beliau berkata agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) dan lain agensi yang akan berbincang bagi menentukan langkah yang boleh diambil untuk mengelak perkara yang lebih teruk terjadi.
Menurutnya, langkah untuk mengekang kemalangan bas ekspres perlu disegerakan.
Aziz diminta mengulas tiga kemalangan membabitkan bas sejak seminggu lalu dengan yang terbaharu berlaku semalam apabila sebuah bas persiaran yang membawa penumpang dari Pulau Redang ke Singapura terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung dan mengorbankan seorang pelancong dari Singapura.
Pada Sabtu lalu pula, sebuah bas ekspres yang membawa 28 penumpang terbabas di Km 118, Lebuh Raya Pantai Timur yang mengakibatkan 10 orang cedera.
Sementara pada 12 April lalu, tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut manakala 10 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan terbalik di Bentong, Pahang.
Sumber M-K
No comments: