» » Kylie Minogue Tiada Masa Untuk Bercinta


SEJAK Kylie Minogue berpisah dengan kekasihnya, model Sepanyol, Andres Valesco tidak pernah dilihat bersama dengan mana-mana lelaki.

Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi pop kelahiran Australia itu berkata, meskipun dia seorang wanita yang romantis, namun dia terlalu sibuk untuk jatuh cinta.

“Kini saya solo dan telah melalui pelbagai jenis kesedihan dalam menjalinkan hubungan cinta. Cukuplah dengan semua air mata dan tangisan,” katanya.

Bagaimanapun Kylie berkata, bekas kekasihnya itu adalah seorang lelaki yang baik.

Memandangkan Kylie baharu saja berpisah dengan Andres, dia memastikan tidak tenggelam dengan kesedihan dan antara cara dia mengatasinya apabila menyibukkan dirinya dengan kerja.

“Jadi siapakah yang akan saya bertemu selepas ini? Saya tidak tahu dan tidak mahu memikirkan tentang cinta lagi, kerana terlalu sibuk dengan kerjaya,” ujarnya.

Kylie dan Andres telah berpisah pada Oktober tahun lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .