Pengurus kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, David Moyes telah dipecat oleh kelabnya.
“Pengurus, David Moyes telah meninggal kelab kami,” umum twitter rasmi Manchester United pada Selesa.
“Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kerja keras, kejujuran dan integriti yang dibawanya ketika memikul tugas itu.”
Berita pemergian Moyes tiba selepas beberapa hari laporan oleh media Britain yang Moyes akan dipecat, 10 bulan selepas mengambil alih tugas itu dari pengurus lagenda Alex Ferguson.
Moyes yang berusia 50 tahun dan berasal dari Scotland terpaksa mengharungi musim getir bersamaRed Devilsyang jatuh ke tangga tujuh Liga Perdana Inggeris, sekaligus tersingkir dari saingan peringkat tempatan dan Liga Juara-Juara Eropah.
United tewas 2-0 dalam perlawanan terakhir mereka di tangan bekas kelab bimbingan Moyes iaitu Everton. Ini juga kekalahan ke-11 berturut-turut buat pasukan itu.
United tidak pernah gagal beraksi di Liga Juara-Juara sejak 1995.
Pada Selasa akhbar-akhbar di Britain melaporkan nasib Moyes disampaikan kepadanya oleh Ketua Eksekutif kelab itu Ed Woodward dalam pertemuan awal pagi di pusat latihan di Carrington.
Jurulatih bersama dan pemain, Ryan Giggs dan bekas rakan sepasukannya Nicky Butt dikatakan akan mengisi buat sementara kerusi yang dikosongkan Moyes menjelang perlawanan bertemu Norwich City hujung minggu ini.
Antara yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan itu adalah jurulatih Belanda Louis van Gaal. Ia berdasarkan ramalan kaki judi, dengan Jurgen Klopp dari pasukan Borussia Dortmund juga dikatakan calon pilihan.
Sumber A-A
No comments: