» »Unlabelled » Golongan muflis patut disediakan peguam percuma ?

Sekretariat Bebas Muflis (SBM) mencadangkan agar Jabatan Insolvensi menyediakan khidmat guaman secara percuma bagi membantu golongan muflis yang berdaftar dengan jabatan itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan (gambar) berkata langkah ini mampu membantu meringankan beban individu muflis kerana untuk keluar daripada kategori itu, mereka perlu membayar kos yang tinggi bagi khidmat guaman.

"Sudah tiba masanya khidmat guaman percuma disediakan oleh Jabatan Insolvensi bagi membebaskan mereka ini daripada muflis," katanya kepada pemberita selepas menutup Jelajah Taklimat dan Pendaftaran Sekretariat Bebas Muflis Kelantan hari ini.

Beliau berkata SBM mewujudkan sistem data automatik bagi golongan muflis yang merekodkan maklumat pembayaran hutang yang ditanggung mereka.

"Maknanya setiap bulan pembayar tidak perlu ke Jabatan Insolvensi untuk maklumkan mereka dah bayar, secara automatik ia telah dikemas kini dalam sistem itu," katanya.

Sementara itu, seorang penjamin yang diisytihar muflis, Amra Mat Yassin, 62, berkata beliau begitu tertekan sejak 2011 apabila diletak bawah kategori muflis.

Amra berkata ini kerana beliau hanya seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

"Tidak adil bagi saya kerana saya hanya penjamin dan tidak langsung mengambil satu senpun daripada pinjaman yang dibuat daripada bank, sedangkan peminjam berkemampuan dan sihat.

"Perkara yang menyeksakan sekarang ini, saya perlu membuat laporan pendapatan setiap bulan selama enam bulan dan ditetapkan pembayaran sebanyak RM100 setiap bulan," katanya.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .