» »Unlabelled » Bilangan muflis meningkat, undang-undang akan dipinda


Bilangan rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis terus meningkat setiap tahun dan sehingga Disember 2013, lebih 250,000 orang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, kata Nancy Shukri (gambar).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka yang diisytiharkan muflis tidak seharusnya menganggap ia sebagai pengakhiran hidup sebaiknya sebagai permulaan dengan merujuk kepada agensi kerajaan.

“Jika kita lihat daripada kategori muflis, 26.54% terdiri daripada masalah sewa beli kenderaan melibatkan sejumlah 33,570 orang daripada 2007 hingga awal tahun ini.

“Pinjaman perumahan pula merupakan faktor kedua. Saya berasakan ini bukan masalah ekonomi tetapi keperluan peribadi,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul di Parlimen hari ini.

Nancy berkata kerajaan sekarang dalam proses meminda undang-undang berkaitan muflis agar lebih memberi peluang kepada generasi muda dengan melihat model negara lain.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .