» »Unlabelled » Bas komuniti percuma mulakan khidmat di Selangor

Kerajaan Selangor memulakan pelaksanaan bas komuniti secara percuma bagi membantu rakyat dan memperbaiki aliran trafik yang sesak di kawasan bandar.

Bas percuma ini dilaksanakan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sementara di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih diperingkat kajian, lapor media rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim (gambar) berkata, kos yang diperuntukkan MBSA untuk perkhidmatan ini ialah RM629,076 setahun yang melibatkan pembelian bas, penyelenggaraan, bahan api dan pemandu.

Sementara MBPJ pula memperuntukkan RM418,000 untuk pembelian dua buah bas dan penyelenggaraan setahun.

Bagi MPSJ pula, sejumlah RM346,000 diperuntukkan untuk pembelian manakala MPKj pula memperuntukkan RM120,000 setahun dengan kaedah perlaksanaan secara kontrak bersama syarikat pengusaha bas sedia ada.

Perkhidmatan bas komuniti di Shah Alam bermula 4 Mac tahun ini di Hentian Pusat Bandar Seksyen 14 dan melalui Seksyen 2, 7, 11 14, 15, 16, 17 dan 18.

Bas beroperasi pada hari bekerja sahaja, Isnin hingga Jumaat bermula jam 7.30 pagi, 11 pagi dan 4.30 petang.

Bagi MBPJ, perkhidmatan bas ini beroperasi sejak Julai 2008 dan berada di peringkat penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah bas untuk menampung bilangan pengguna yang semakin meningkat.

Jelas Chang Kim, perkhidmatan bas komuniti ini tidak mendapat subsidi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pengangkutan Darat (Spad) dan dibuat secara berperingkat di semua PBT kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan mereka.

Kata beliau lagi, kerajaan negeri dan Spad sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang melalui Lebuhraya Persekutuan.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .