» »Unlabelled » Zahid tegaskan rakyat Iran masuk guna pasport curi


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan dua rakyat Iran yang terbang dengan MH370 memasuki Malaysia menggunakan pasport curi.

Ia sekali gus menolak versi polis antarabangsa Interpol bahawa mereka memasuki Malaysia menggunakan pasport asli Iran.

Zahid (kiri) berkata, pasport asli hanya digunakan rakyat Iran itu untuk perjalanan dari Qatar ke Phuket, Thailand – tempat mereka didakwa membeli pasport curi Austria dan Itali.

Semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat, Zahid juga berkata, masalah berpunca daripada sindiket di negara-negara jiran.

Sementara itu, Zahid juga berkata, empat pegawai imigresen sedang disiasat dan keputusannya akan didedahkan ketika sesi penggulungan Parlimen nanti.

Sumber M-K

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .