Pihak berkuasa Malaysia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat meminta China menyiasat semula senarai penumpang penerbangan MH370.
Setakat ini, pihak berkuasa dari pelbagai negara termasuk Interpol tidak dapat mengesan mana-mana individu mencurigakan dalam penerbangan tersebut, termasuk dua orang warga Iran yang menggunakan pasport dicuri.
Dalam sidang medianya hari ini, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan China sebelum ini menyatakan bahawa kesemua 152 warganya melepasi saringan keselamatan.
Bagaimanapun, kerajaan China diminta untuk “melihat semula dan meningkatkan lagi” usaha untuk meneliti daftar penumpang tersebut.
Sumber M-K




No comments: