» »Unlabelled » Tiada bukti pesawat diserang penganas


Siasatan Malaysia menzahirkan keraguan terhadap spekulasi bahawa MH307 menjadi sasaran serangan, kata sumber kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Eropah yang dekat dengan siasatan itu.

Walaupun usaha mencari dilakukan besar-besaran di udara dan laut, nasib pesawat MAS yang hilang itu masih misteri.

Memasuki hari ketiga, misi mencari masih gagal mengesan kedudukan kapal terbang Boeing 777 itu milik Malaysia Airlines itu.

Tiada juga penemuan Unit Cawangan Khas Malaysia, agensi utama siasatan, atau agensi AS dan Eropah memutuskan kemungkinan terdapat serangan pengganas terhadapnya, lapor Reuters.

Pihak berkuasa Malaysia menyatakan, bukti yang ada setakat ini tidak kuat untuk menyokong tanggapan bahawa serangan menjadi punca kehilangan pesawat itu, kata sumber AS.

"Tiada bukti mencadangkan tindakan keganasan," kata sumber keselamatan Eropah, yang menambah "tiada penjelasan ke atas apa yang berlaku kepadanya atau di mana ia berada.

Sumber berita

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .