Penyerang Liverpool, Luis Suarez mengakui tertekan apabila sering dilabelkan sebagai 'budak jahat'.
Penyerang antarabangsa Uruguay itu sering diselubungi kontroversi dalam saingan Liga Perdana England dan dia mengakui tidak suka berada dalam situasi itu.
"Saya sebenarnya pemalu. Saya lebih suka dianggap budak baik berbanding sebaliknya.
"Ia cukup menyukarkan saya kerana hakikatnya saya tidak sebegitu.
"Namun, saya semakin matang dan belajar untuk mengawal tindak tanduk saya di atas padang selepas ini," kata Suarez.
Dia juga mengesahkan hanya akan meninggalkan Anfield jika berjaya membantu Liverpool melakar kejayaan.
"Beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara di Anfield pastinya mengujakan.
"Saya benar-benar berharap supaya ia bakal menjadi kenyataan.
"Jadi, saya akan memberikan yang terbaik bagi membantu Liverpool layak ke Liga Juara-Juara musim depan," ujar Suarez.
Dipetik dari
No comments: