Manchester City menagih sentuhan berbisa Sergio Aguero ketika berdepan Barcelona dalam aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Nou Camp awal pagi esok.
Aguero yang tidak beraksi ketika The Citizens tumpas 0-2 dalam aksi pertama di Stadium Etihad gara-gara kecederaan, pernah merobek gawang Barcelona 10 kali ketika menyarung jersi Atletico Madrid antara 2006 dan 2011.
Justeru, sentuhan penyerang antarabangsa Argentina itu pastinya ditagih skuad kendalian Manuel Pellegrini jika berhasrat untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama.
"Persembahan individu mana-mana pemain pastinya ditagih menjelang perlawanan penting seperti ini termasuk Aguero.
"Sudah tentu ia sukar, tetapi saya tidak pernah meragui kemampuan anak-anak buah saya.
"Kami mampu menang di Nou Camp dan membalas dendam terhadap kekalahan tempoh hari," jelas Pellegrini.
Pellegrini turut menggesa anak-anak buahnya supaya memburu gol awal dalam perlawanan itu.
"Apabila berjaya menjaringkan gol awal, ia sedikit sebanyak memberikan tekanan terhadap Barcelona.
"Namun, ia bukan mudah kerana Barcelona sememangnya pasukan yang hebat.
"Jika tuah menyebelahi kami, sudah tentu kami mampu memenangi perlawanan ini," katanya
Dipetik dari
No comments: