» » Rosmah: Wanita Felda Perlu Keluar Dari Zon Selesa


Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menggesa golongan wanita dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) keluar dari zon selesa dengan bersedia menerima idea-idea baru.

Dengan cara demikian, beliau berkata, anggota wanita dalam Persatuan Wanita Felda (WADA) akan mampu mengangkat persatuan itu ke tahap yang lebih tinggi.

"WADA perlu melangkah setapak ke hadapan untuk memperkukuh serta menambah baik usaha-usaha sedia ada.

"Kita tidak boleh kekal di takuk lama dengan menganjurkan aktiviti mahupun program yang berbentuk rutin mahu pun kebiasaan.

"Para perwakilan perlu keluar dari zon selesa masing-masing dan berani berfikir luar dari jangkauan serta bersedia menerima idea-idea baru," katanya yang juga penaung WADA.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama pertubuhan itu di Menara Felda, Kuala Lumpur pagi ini.

Rosmah turut mencadangkan agar WADA menganjurkan kursus-kursus seperti kursus imej dan ketrampilan diri, kursus penulisan, kepimpinan dan pengurusan, keusahawanan, dan motivasi.

"Saya berpandangan bahawa kursus tersebut penting kepada ahli-ahli WADA kerana setiap ahli terdiri daripada individu yang berbeza latar belakang, sikap serta kebolehan," katanya

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .