Polis mengerakkan sepasukan enam anggota termasuk tiga anggota forensik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi menyiasat kes kehilangan beg seorang wartawan dari Hong Kong semalam.
Pasukan itu yang tiba kira-kira jam 8.30 malam tadi, melakukan pemeriksaan kira-kira 30 minit di lobi sebuah hotel di Putrajaya, iaitu tempat terakhir mangsa meletakkan begnya ketika membuat liputan berkaitan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sejak 8 Mac lepas.
Dalam kejadian kecurian kira-kira jam 4.30 petang semalam, Penolong Pengarang Berita Now TV, Hong Kong, Chan Wai Lai, 36, mendakwa kehilangan kira-kira RM15,000, dokumen perjalanan, kad kredit dan pita rakaman video kamera.
Chan dikatakan meninggalkan begnya di lobi hotel itu bersama-sama kumpulan wartawan dalam dan luar negara sebelum pergi membeli kad prabayar di pusat membeli belah Alamanda yang terletak bersebelahan hotel tersebut.
Sumber M-K
No comments: