Pasukan itu mengesan objek demikian dalam operasi besar-besaran mengesan pesawat MH370, yang masih belum ditemui dalam operasi yang masuk hari ke-17.
Ia dikesan di kedudukan 95.1113 timur dan 42.5453 selatan, lapor Bernama yang memetik agensi berita China Xinhua.
Menuerut laporan, Xinhua menyebut bahawa objek yang dikesan itu berbentuk empat segi berwarna putih, dalam kawasan yang dikesan oleh satelit sebelum ini.
Setakat ini masih belum dapat dipastikan dimensi fizikal objek tersebut.
Pasukan China menyertai operasi besar-besaran ini dengan menggunakan dua pesawat Ilyushin IL-76 bagi operasi di koridor selatan.
Ia merupakan antara 10 buah pesawat yang melakukan operasi di lokasi pencarian yang terletak kira-kira 2,5000km di barat daya Perth.
Menurut laporan, pasukan China akan menugaskan kapal pemecah ais Xuelong ke lokasi penemuan tersebut.
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), pencarian hari ini dibahagikan kepada dua, dalam kawasan sama meliputi keluasan 68,500 kilometer persegi.
Operasi pada peringkat ini juga lebih mencabar dengan keadaan laut bergelora dan juga ancaman siklon Gillian.
Setakat ini, beberapa petunjuk utama ditemui di sekitar kawasan tersebut adalah imej objek yang dikesan oleh satelit Amerika dan Chia serta imej radar dikesan pasukan Perancis.




No comments: